My Mentors, My Benchmarks
Dalam banyak-banyak gambar semasa free trip ke Korea baru
ni, saya rasa gambar ni memang aptly representing these women in The Diamond
Circle.
Nampak tak dalam ‘keayuaan’ mereka, sebenarnya mereka juga
nampak sangat gagah dan berjiwa kental. Mereka adalah what I called my
‘benchmarks’ di dalam berniaga dengan #SHOM. Mereka banyak sangat influence dan
memberi tunjuk ajar kepada saya selama lebih kurang 10 bulan saya berkecimpung
dengan SHOM ni.
Let me introduce to you who they are!
Right next to me adalah my direct leader, CDM Yong. Saya
banyak tulis pasal CDM Yong ni dalam my other write ups, tapi saya rasa masih
banyak lagi yang saya tak pernah cerita. Orangnya sangat cantik dan masih muda.
Tapi jangan ‘tertipu’ dengan kelembutan wajah dia. Sebenarnya dia ni seorang
yang sangat tabah dan berjiwa kental. Kalau tidak, tak kan dia boleh menjadi
CDM termuda di dalam Hai O.
Next to Yong adalah my bff and biz partner, Mashitah. Kalau
travel ke mana-mana, selalunya kami akan travel bersama-sama. Sebenarnya dia
lah yang influenced saya untuk join #TDC ni. Pada mulanya dia pernah kata dia
risau jugak takut sebab biz ni friendship kita orang akan hilang. Tapi
sebenarnya, kita orang semakin rapat. Kenapa? Sebab kami sekarang bukan sahaja
mempunyai minat yang sama, tetapi kami juga mempunyai mission yang sama;
#financialfreedom dan #pencenawal
Next to Mas is my team member Wani. Saya memang kagum dengan
komitment dia dalam TDC ni. Dia pernah joined other group semasa buat biz
dengan SHOM ni, tetapi bila dia mendapati diri dia terumbang ambing tanpa hala
tuju dan juga tunjuk ajar leaders, dia terus rejoin di bawah TDC. Memang sangat
betul langkah dia sebab sekarang dia dah berpangkat DSM.
Dia membuktikan untuk Berjaya di dalam biz ni sangat mudah.
Bukan hanya bergantung kepada usaha diri sendiri, tetapi usaha berkumpulan dan
tunjuk ajar leaders adalah sangat penting.
Di belakang kami tu adalah dua orang Iron Ladies of TDC.
Mereka adalah CDM Ain dan CDM Shaliza.
CDM Ain, walaupun nun jauh di Johor, tak pernah jemu memberi
tunjuk ajar kepada semua team members samaada melalui on-line classes atau pun
di dalam kelas bulanan. In fact, pernah datang mengajar di free monthly class
sehari selepas berpantang. Itulah komitmen yang sentiasa dia beri demi kejayaan
biz partners.
Last but not least, CDM Shaliza adalah founder of TDC.
Terlalu banyak cerita yang saya boleh share dan pernah share pasal dia. Tapi
masih belum dapat menceritakan diri dia yang sebenarnya. Seorang yang sangat
energetic dan tak pernah kering dengan idea-idea baru untuk membantu
rakan-rakan kongsi. Tak pernah jemu untuk membimbing rakan-rakan kongsi tak
kira di mana mereka.
Memang saya banyak sangat terhutang budi dengan mereka ni.
Somehow or rather, mereka telah membuka mata dan minda saya untuk mencari jalan
untuk mendapatkan financial freedom. Kalau selama ini saya sangat takut dengan
perkataan ‘pencen’, tapi sekarang saya memang look forward untuk pencen kerana
saya tahu saya boleh pencen bergaji.
Terima kasih to all my mentors. You guys deserved a standing ovation.