Berniaga dengan SHOM - Apa Salahnya Sistem MLM?
Ada terbaca artikel baru-baru ni bercerita pasal MLM ni kononnya hanya memperkayakan orang-orang atasan/leaders je. Kononnya anak-anak buah yang kat bawah ni bertungkus lumus cari sales, tapi hasilnya hanya orang atasan je yang rasa.
Hmmm!!!
Kalau macam tu, kita yang makan gaji ni pun sebenarnya duduk dalm skim MLM la kan! Ia la. Kita pun ada ketua. Tapi bezanya, ketua akan set KPIs untuk diri kita. Kita kerja kuat kejar KPIs untuk jayakan syarikat, tapi tak semestinya masa assessment di akhir tahun, kita akan dibagi ganjaran yang sepatutny. Kadang-kadang dah kerja setahun pun, tak semestinya dapat bonus kan!
Berapa ramai yng merungut bila setiap kali penilaian prestasi diadakan, ganjaran yang diterima macam tak setimpal dengan usaha. Berapa ramai yang merasakan, boss dapat lebih dari kita walaupun itu adalah hasil titik peluh kita?
Berniaga dengan SHOM, kita akan dibalas secara adil. Tak ada konsep hanya nak mengkayakan leaders. Setiap usaha titik peluh kita akan dihargai dan dibalas bergantung kepada skim yang memang dah diterangkan lebih awal lagi. Nak naik pangkat pun, semuanya diterangkan dengan telus. Tak ada konsep pilih kasih dari Boss.
Setiap barangan yang dijual, kita akan dapat untung runcit dan "Bonus Value". Kita akan dibayar bonus bulanan sekiranya kita capai target BV tu. Bonus yang dapat tu bergantung kepada pangkat, dan sekurang-kurangnya 3% dari hasil terkumpul jualan bulanan. Bonus ni setiap bulan ya!!! Bukan setahun sekali. Dibayar atas usaha kita, makin banyak kita menjual, makin banyak bonus yang kita dapat. Tak ada istilah "bell curve" atau apa-apa teori yang dipraktiskn oleh syarikat.
Berniaga dengan SHOM nisangat senang dan fair. Nak hasil banyak, usaha lebih. Nak naik pangkat, usaha lebih. Tak ada pilih kasih. Kita tak perlu menuding jari atau menyalahkan orang lain kalau kita tak capai target dan naik pangkat.
Jadi, kenapa nak risau berniaga dengan SHOM dan MLM? Sebab SHOM sebenarnya lebih adil daripada syarikat yang kita bekerja sekarang.
Bestnya bisnes dengan TDC